gambar hiasan |
Merimaskan jika wanita terlebih mekap!
Sehingga sekarang wanita masih lagi diajar, kalau tanpa makap, "Tak lawalah kau, tak cantiklah kau, tak menari lah kau." Untuk siapa sebenarnya? Untuk wanita itu sendiri? Atau untuk kepentingan syarikat peralatan makeup?
Tapi tahukah wahai wanita bahawa lelaki memang suka wanita yang cantik semula jadi? Cantik ini subjkektif. Ada orang lihat wanita ni cantik tapi ada orang cakap tidak. Cantik luaran tidak kekal selamanya. Jadi janganlah risau sangat! Yang penting adalah cantik dalaman kerana ia akan kekal dan disanjung tinggi jika kita berpekerti mulia dan baik hati. Betul tak?
Jom kita baca kenapa lelaki suka wanita cantik tanpa mekap di bawah ini.
1)Lelaki memandang keyakinan seorang wanita itu sebagai sesuatu yang seksi.
Bukan mudah untuk seseorang wanita untuk meninggalkan alat solek mereka tanpa keyakinan yang tinggi. Lelaki suka wanita yang berkeyakinan tinggi dan mempunyai rasa percaya diri yang kuat.
2)Tidak Suka Wanita Obses
Lelaki sukakan wanita yang cantik tetapi tidak suka dengan wanita yang terlalu obses dengan kecantikan. Walaupun mahu ke kedai mamak, wanita sudah mengenakan solekan yang tebal seperti mahu ke majlis makan malam! Kaum lelaki sebenarnya sukakan yang simple. Asalkan kemas dan tidak selekeh sudah memadai. Mereka tidak suka wanita terlalu bergantung kepada solekan sehingga tidak boleh hidup tanpanya.
3)Suka Melihat Wanita Ketika Bangun Tidur
Apa yang pasti, wanita tidak akan mengenakan sebarang mekap sekiranya hendak tidur dan lelaki menganggap rupa paras wanita yang baru bangun tidur itu sangat seksi dan menghairahkan. Bukan itu sahaja, wajah wanita kelihatan lebih semulajadi akan membuatkan si dia terbayang-bayang rupa paras bakal isterinya ketika tidur di sebelahnya setelah sah diijabkabul kelak.
4)Lelaki Tidak Suka Menunggu
Setiap kali wanita ada temu janji atau 'dating' dengan buah hatinya, pasti lelaki harus menunggu lama di dalam kereta kerana wanita akan mengambil masa terlalu lama untuk bersiap. Lelaki sememangnya tidak suka menunggu, jadi dia lebih suka wanita keluar tanpa mengenakan apa-apa solekan untuk menjimatkan masanya.
5)Cantik Luaran Tidak Penting
Pada peringkat awal perhubungan, cantik luaran sememangnya dipandang lelaki. Tetapi lama kelamaan, sekiranya wanita hanya cantik tetapi tidak pandai mengambil hati, kuat merajuk, suka membebel atau sering menyusahkan, lelaki akhirnya akan merasa bosan. Jadi cantik luaran dan dalaman kenalah sentiasa seiring untuk memikat hati lelaki.
0 Response to "5 Sebab Utama Kenapa Lelaki Suka Wanita Cantik Tanpa Mekap."
Post a Comment