Sebenarnya seseorang itu harus bijak memilih wangi-wangian dan sebaiknya jauhkan daripada membeli atau mengunakan winyak wangi yang mempunyai isi kandungan yang terlalu banyak. Terutamanya jika ianya beralkohol.
Tidak dinafikan ramai yang menyukai haruman, sehingga ada sesetengah yang menghiasi kereta, kamar tidur malah bilik mandi dengan bahan pewangi.
Namun ramai yang tidak menyedari risiko yang dibawa oleh minyak wangi terhadap kadar kesihatan diri.
Tahukah anda, terdapat lebih kurang 500 bahan kimia digunakan dalam satu produk wangian tetapi sebahagian besarnya tidak disenaraikan di belakang produk.
Antara bahan kimia yang sering digunakan adalah etanol, aseton, alkohol benzil, metilena klorida, kapur barus dan banyak lagi.
Bahan-bahan ini secara bersendirian atau bercampur boleh mengakibatkan seseorang individu mengalami kelesuan, ketegangan otot, lelah, radang kulit, alahan, pening dan sakit tekak.
Bagi yang menghidap ekzema, mereka akan mengalami kesan yang lebih padah. Ini adalah kerana kulit yang bermasalah akan menjadi lebih teruk sekiranya terkena bahan yang menggunakan ramuan pewangi, tidak kira sama ada ianya sabun ataupun syampu.
Satu kajian saintifik turut mengesahkan bahawa kebanyakan bahan pewangi mempunyai kandungan neurotoksin yang tinggi, yang memberikan kesan negatif terhadap mental, fizikal dan emosi. Kesan-kesan tersebut berupaya mendatangkan penyakit otak seperti Alzheimer dan Parkinson.
Walaupun ada banyak kesan sampingan, penghindaran diri dari bahan wangian bukanlah suatu perkara yang mudah kerana hampir semua produk jagaan peribadi mengandunginya.
0 Response to "Kesan sampingan minyak wangi yang anda tidak tahu"
Post a Comment