Gambar Sekadar Hiasan (google.com) |
بِالرَّفَاءِ وَ الْبَنِيْن
“Semoga bahagia dan ramai anak”
Tak mau berlarut-larut dalam kegundahan dan demi meluruskan kekeliruan, Uqail pun mengatakan kepada tamu tersebut: “Janganlah kamu mendoakan demikian karena Rasulullah telah melarangnya.”
“Lalu, aku harus mendoakan bagaimana?”
“Ucapkanlah doa yang diajarkan Rasulullah:
بَارَكَ اللَّهُ لَكَ وَ بَارَكَ عَلَيْكَ وَ جَمَعَ بَيْنَكُمَا فِيْ خَيْرٍ
‘Semoga Allah menganugerahkan barakah kepadamu, semoga Allah juga menganugerahkan barakah atasmu, dan semoga Dia menghimpun kalian berdua dalam kebaikan’”
Mengapa Rasulullah melarang seseorang mendoakan pengantin dengan ucapan “semoga bahagia dan ramai anak”? Wallahu a’lam bish shawab. Hanya Allah SWT yang mengetahui hakikat sejati di balik larangan ini.
Hukumnya Makruh
Para ulama menerangkan bahawa hukum mendoakan pengantin dengan ucapan “semoga bahagia dan ramai anak” ini adalah makruh. Larangan tersebut tidak pula haram kerana dalam hadits yang lain Rasulullah membanggakan banyaknya jumlah umatnya dibanding umat nabi-nabi sebelumnya. Jadi dalam Islam, ramai anak itu bagus. Bahagia dalam pernikahan juga bukan sebuah hal yang dilarang.
Namun, mendoakan pengantin dengan ucapan “semoga bahagia dan ramai anak” bukanlah doa yang tepat.
Doa yang lebih baik dan barakah
Rasulullah melarang mendoakan pengantin “semoga bahagia dan ramai anak” dan beliau menganjurkan umatnya untuk mendoakan dengan ucapan:
بَارَكَ اللَّهُ لَكَ وَ بَارَكَ عَلَيْكَ وَ جَمَعَ بَيْنَكُمَا فِيْ خَيْرٍ
“Semoga Allah menganugerahkan barakah kepadamu, semoga Allah juga menganugerahkan barakah atasmu, dan semoga Dia menghimpun kalian berdua dalam kebaikan”
Hari-hari setelah pernikahan tidak selalu merupakan hari yang bahagia. Orang yang menikah juga belum tentu memiliki ramai anak. Maka membayangkan setelah menikah akan selalu bahagia dan memiliki banyak anak adalah hal yang tak sepatutya benar,belum tentu menjadi kenyataan bagi setiap orang.
Sebagaimana fasa kehidupan lainnya, hari-hari dalam kehidupan berumah tangga juga diwarnai oleh dua perkara,
Perkara yang manis
Perkara yang pahit
Kadang kala kita mengalami perkara yang kita inginkan dan perkara yang tidak kita inginkan. Ada perkara dan peristiwa yang membuat hati kita senang, dan ada juga perkara yang merunsingkan kita. Jadi kita doakan perkahwinan itu sentiasa ada barakah. Inilah yang lebih baik daripada kita doakan
“bahagia dan ramai anak.”
Jadi kita patut mendoakan pengantin muslim sentiasa mendapatkan keberkatan baik dalam setiap perkara yang mereka akan hadapi nanti. Contohnya saat mereka diluaskan rezeki oleh Allah, mereka berada dalam keberkatan dengan sikap syukur dan banyak bersedekah dan infaq. Ketika mereka berada dalam kegawatan masalah, mereka juga berada dalam keberkatan dengan sikap sabar dan iffah-nya.
Ada suami isteri yang bahagia di dunia, tetapi di akhirat masuk neraka. Tentu bukan itu yang kita harapkan terjadi pada saudara kita pengantin baru. Kita mengharapkan mereka memperolehi banyak kebaikan, kebahagiaan dan hidup harmoni.
Trm ksih kongsi info..lps ni boleh amalkan doa yg rasulullah anjurkan
ReplyDelete