10 Sebab Kenapa Dating Dengan Lelaki Rendah Lebih Baik. #5 Selalu Terjadi Pada Kami

Setiap gadis mengimpikan bakal pasangan mereka tinggi, gelap dan kacak.

Lihat, tinggi adalah syarat pertama. Namun, adakah tinggi itu faktor utama?

Kepada lelaki-lelaki rendah di luar sana, disini terdapat 10 sebab untuk berdating dengan mereka.



1. Terdapat lebih banyak ikan di laut, lebih banyak pokok di hutan & lebih ramai potensi di mana-mana.



Wahai gadis-gadis, lihatlah infografik di bawah – ketinggian lelaki Malaysia adalah 165cm secara am.

Mencari lelaki tinggi adalah lebih mencabar. Jadi, mengapa harus menghadkan diri anda untuk mencari lelaki sangat tinggi dan anda merasa lenguh pada bahagian leher kerana harus mendongak untuk menatap wajahnya.



2. Kamu tidak meletakkan sesuatu yang berharga pada tempat yang tinggi.

Orang yang mengatakan lelaki tinggi boleh membantu anda mengambil barang daripada rak yang tinggi.

Cuba fikirkan – jika sesuatu barang berada di tempat yang tinggi, anda (atau sesiapa sahaja yang meletakkannya disana) merasakan bahawa ia bukanlah sesuatu yang penting (atau anda tidak sentiasa memerlukannya)

Dan jika anda perlukan sesuatu barang tu dalam situasi tertentu, anda akan mengambil dan meletakkannya pada tempat tinggi yang sama – menggunakkan tangga atau kerusi. (kecuali jika anda mempunyai lelaki-lelaki yang tinggi sebagai bekalan dan kerja mereka adalah untuk meletakkan dan mengambil barang untuk anda dari rak yang tinggi)


Mencari lelaki tinggi adalah lebih mencabar. Jadi, mengapa harus menghadkan diri anda untuk mencari lelaki sangat tinggi dan anda merasa lenguh pada bahagian leher kerana harus mendongak untuk menatap wajahnya.



2. Kamu tidak meletakkan sesuatu yang berharga pada tempat yang tinggi.

Orang yang mengatakan lelaki tinggi boleh membantu anda mengambil barang daripada rak yang tinggi.

Cuba fikirkan – jika sesuatu barang berada di tempat yang tinggi, anda (atau sesiapa sahaja yang meletakkannya disana) merasakan bahawa ia bukanlah sesuatu yang penting (atau anda tidak sentiasa memerlukannya)

Dan jika anda perlukan sesuatu barang tu dalam situasi tertentu, anda akan mengambil dan meletakkannya pada tempat tinggi yang sama – menggunakkan tangga atau kerusi. (kecuali jika anda mempunyai lelaki-lelaki yang tinggi sebagai bekalan dan kerja mereka adalah untuk meletakkan dan mengambil barang untuk anda dari rak yang tinggi)


3. Ingin merasakan diri kecil dan cantik adalah sangat ‘out-dated’

Anda tidak dapat gambaran lagi?

Ya. Saya tahu, memang benar lelaki yang tinggi mampu membuat anda berasa selamat dan sangat berharga. Saya setuju kita perlu merasakan begitu sekali sekala.

Namun, kita tidak memerlukan lelaki yang tinggi sebagai ‘bodyguard’ kita.

4. Lelaki yang berjalan sambil berjingkit 5 inci bersama anda adalah lelaki yang berkeyakinan.

Dengan segala tumpuan pada ketinggian, lelaki yang kurang tinggi pasti terasa rendah diri.
Namun, jika dia mampu berjalan berpimpin tangan dengan anda dan tidak risau mengenai ketinggian anda, dialah orangnya.

Jika dia tidak menghalang anda memakai kasut tumit tinggi dan bersabar walaupun pergerakan kurang stabil (dan bersabar bila anda mengadu sakit pada tumit kaki) maka kekalkanlah hubungan anda bersamanya.

5. Anda boleh berjalan pada tahap kelajuan yang biasa.

Saya yakin anda mempunyai seorang dua teman berkaki panjang yang selalu mengadu bagaimana lambatnya anda berjalan dan meminta anda untuk mempercepatkan lagi langkah. Bayangkan, teman anda itu adalah pasangan anda. Lepas fasa berbual madu, anda akan terasa ingin menumbuknya setiap kali dia mengatakan begitu.

Jika pasangan anda tidak begitu tinggi, anda boleh berjalan dengan senang hati di tepi pantai atau di pusat membeli belah tanpa perlu dia mengheret anda.


6. Anda tidak perlu risau tentang tempat yang cukup untuk kaki di pawagam atau di kapal terbang.

Anda tidak perlu risau pasangan anda tersadung kaki sewaktu di pawagam. (Tidak akan berlaku di pawagam TGV kerana mereka menyediakan tempat yang cukup untuk meletakkan kaki) atau tidak selesa kerana kakinya yang panjang.



7. Anda tidak sakit leher dan menghadapi posisi kepala yang kurang selesa.

Berdating dengan lelaki yang rendah bermaksud anda di paras matanya (dan dia tiada sebab untuk tidak menatap anda)

Anda tidak perlu memanjangkan leher untuk melihat wajahnya atau mendengar sewaktu dia bercakap.

(Kisah benar : saya mempunyai teman yang tinggi dan hampir setiap masa saya tidak mendengar apa yang dikatakannya. Malah lebih buruk lagi, jika persekitaran bising).

Berdating dengan lelaki rendah, anda boleh berbual dengannya, berdiri atau berjalan disebelahnya. Anda tidak perlu berdiri jauh untuk menstabilkan eye-contact sewaktu bercakap atau berasa kekok ketika anda melihatnya.

Ciuman adalah mudah kerana bibirnya di hadapan mata anda dan bukan dadanya.

(Tidak lupa juga hubungan fizikal yang lainnya lebih mudah. Jika anda faham maksud saya)

8. Mudah berselfie

Mengambil gambar bersama jejaka yang rendah sangat mudah. Anda dan dia muat dalam sebuah gambar. Tetapi mengambil gambar bersama jejaka yang tinggi bermakna anda hanya mampu menangkap separuh daripada anda atau dia. Atau dia terpaksa menundukkan dirinya setiap kali mengambil gambar.

9. Kepala anda tidak akan digunakan sebagai tempat merehatkan tangan.

Jujurlah dan beritahu saya. Anda pasti sangat tidak suka, betul kan? Saya pasti siapa yang ada adik beradik yang tinggi pasti memahami.

Jika anda berdating dengan lelaki yang rendah, anda tidak perlu merasai semua ini.

Secara peribadi, saya merasakan ini merupakan sebab yang bagus untuk membuang gelas-gelas yang tinggi dan pilih gelas-gelas yang lebih rendah.

10. Pasangan yang melalui kesusahan bersama pasti kekal bersama.

Saya pasti kamu pernah mendengar “Kebahagiaan yang dikongsi bersama adalah kebahagiaan yang berganda manakala kesedihan yang dikongsi bersama adalah separuh daripada kesedihan,”

Mungkin anda tidak melindungi pandangan pasangan anda sewaktu konsert. Mungkin juga anda boleh bersembunyi di belakangnya jika matahari menyinar. Mungkin dia mampu mengangkat anda bila-bila dan dimana sahaja.

Kongsikan bersama kawan-kawan anda yang rendah. Mungkin ini berita baik buat mereka. Hehe




0 Response to "10 Sebab Kenapa Dating Dengan Lelaki Rendah Lebih Baik. #5 Selalu Terjadi Pada Kami"

Post a Comment